Friday, 20 March 2015

MAT KILAU

   



  Latar belakang mat kilau.
            *Iman rasu /tok gajah adalah ayah kepada Mat Kilau.
         *Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut,Burau.
      *Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg.Kedondong ,Pulau Tawar ,Jerantut Pahang.Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

  Zaman kanak-kanak mat kilau

ÒMaT Kilau diserah mengaji al-quran dengan beberapa kanak-kanak lain.
     ÒApabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai ‘DIKIR PAHANG’.
Oleh kerana suarnya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai pendikir yang terkenal di Pulau Tawar

         HOBI MAT KILAU

       ÒSemasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.
       ÒSetelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga   buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang   tukang hencang.
       ÒMat kilau juga gemar berburu.Apabila ‘PERAN TUA’(ketua berburu) tidak berburu,Mat Kilau                         dijadikan peran.Akhirnya Mat Kilau dijadikan Tok Peran.

   PERKHAWINAN MAT KILAU
   ÒApabila berusia lebih 20 tahun,Mat Kilau berkhawin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Iman Daud,kampung Kedondong,Pulau Tawar.
             Hasil perkhawinan ini,Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.



    ILMU YANG DIPELAJARI
   ÒSetelah berkhawin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.
   ÒMat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan pedang.
   ÒTentang ilmu batin pula,Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.
   ÒMat Kilau juga banyak belajar daripada Tok Gajah iaitu ayahnya sendiri.
   ÒIlmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

SIKAP PERIBADI MAT KILAU

ÒMat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.
ÒMat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bulan oktober 1888,semasa Tok Gajah berada di Pekan,Hugh Clifford(RESIDEN BRITISH di Pahang) telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri.Ini menunjukkan Mat Kilau mempercayai idea-idea Mat Kilau.
ÒMat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat terutamanya dari penduduk setempat.
Mat Kilau juga merupakan seorang yang sangat disegani.Ini bukan kerana beliau seorang yang berpangkat tinggi tetapi kerana kejujurannya
ÒMat Kilau seorang yang yang tegas malah dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,The Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali(KHATIB),Awang(IMAN) DAN Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

KEMATIAN MISTERI MAT KILAU
ÒKhabar  berita yang mengatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar inggeris yang diterbitkan di singapura.
ÒThe Straight Times dan Free Press menyatakanketua pendahaka iaitu Dato’ Bahaman  telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895.
ÒThe Free Press pula memberitahu bahwa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepala.Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati dalam perjalanan ke Hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah.
ÒDengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895,maka pada pendapat umun tamatlah riwayat Mat Kilau.
* Akan tetapi,apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti mustafa bin Awang Mat(JUSOH RIMAU),Pendekar Tok Demali,Raja Ibrahim,(PAK HIM),Mat Kelantan dan beberapa orang lain lagi

Kemunculan semula mat kilau
ÒDisebabkan Mat Kilau dicop  ‘penderhakaoleh inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan dirnya dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan Gambang.
Sejak 1930,Mat Kilau terpaksamenukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam
ÒPada Disember 1969,Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama MOHAMAD BIN IBRAHIM, memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya menjadi tumpuan orang ramai,Mat Kilau bersetuju mengumunkan dirinya di kampung halamannya.
ÒAtas daya usaha Omar Mat Kilau,pahlawan melayu itu telah dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar.
ÒPada Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau pergi ke masjid  di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.Selepas sembahyang,Mat Kilau membaca al-quran dan kemudian mengishtiharkan dirinya sebagai MAT KILAU.

PESANAN MAT KILAU
ÒJanganlah kita menyusahkan orang lain biarlah kita susah.Bersyukur kepada ALLAH.
ÒBiarlah orang menganiaya kita tapi janganlah kita menganiaya orang lain.
ÒSekiranya hendak beramal,janganlah belajar ilmu sihir,gagah dan kebal.

rujukan
TOKOH PEJUANG
NAIMAH IBRAHIM
 2013
KENALI TOKOH BERJASA
TALIB SAMAD
 2010
KEARAH NEGARA MERDEKA
MUHAMAD AIMAN
 2013

No comments:

Post a Comment